Monday, September 2, 2019

DESSERT RECIPES - PUDING JAGUNG


  PUDING JAGUNG

Puding jagung anti lembik. Sedap sangat-sangat. Dessert yang sangat favorit satu keluarga. Step by step cara membuat puding sedap ini dapat dilihat di bawah. 




BAHAN-BAHAN :

🌽 Satu cawan tepung kastard

🌽  800ml santan (500 ml santan pekat campur air biasa 300 ml)

300ml air (ini asing)
🌽 1 tin Jagung manis (guna brand adabi, ambil isi sahaja)
🌽  Satu cawan gula, jika suka lagi manis boleh lebihkan

*Nota : Guna santan kotak brand kara. Nak guna santan asli pun boleh lagi sedap.



CARA- CARA :

 🌽Masukkan tepung ke dalam bekas dan masukkan air biasa 300 ml.
🌽Selepas itu kacau pakai whisk atau senduk pun boleh. Kacau hingga tepung tak berketul.
🌽Bila tepung dah tak berketul, masukkan santan 800 ml.
🌽Masukkan gula.
🌽Masukkan satu tin jagung manis.

🌽  Kacau sebati.Nota : kalau suka jagung halus boleh blender jagung, tapi bagi saya lagi sedap jika masuk sebiji-sebiji macam resepi di atas.
🌽Masukkan ke dalam kuali atau periuk.
🌽Masukkan semua bahan tadi. Buka api kecil.

🌽  Masukkan sedikit garam bagi rasa lemak, dalam satu atau setengah sudu kecil sahaja.

Nota : INGAT!!Amaran keras kena sentiasa kacau. Jangan biar ya. Kalau tak dia boleh jadi hangus.
🌽Kacau sampai jadi likat dan berkilat.
🌽Untuk warna kuning cantik, saya tambah setengah sudu kecil pewarna (option).
🌽Akhir sekali masukkan kedalam loyang.
🌽Ratakan permukaan pakai pisau sapu jem atau sudu kalau nak bagi licin.
🌽Kalau menggerutu sikit tidak apa. Janji sedap. Guna loyang size 20 cm.
🌽Biarkan sejuk sekejap baru masukkan dalam peti ais.
🌽Biar selama sejam.
🌽Sila potong dan hidang sesuka anda.


No comments:

Post a Comment