CHOCOLATE CUPCAKE
Jom buat coklat cupcake!
Kek coklat kecil sedap dan moist yang diletak dalam paper cup ini sangat menarik. Dengan tampilannya yang comel sangat mengundang selera untuk memakannya. Coklat cupcake ini antara yang paling banyak disukai orang ramai, apalagi kanak-kanak.
Cupcake ini sesuai dinikmati bila-bila suka. Pagi mahupun petang, makan malam pun boleh juga, tapi jangan jerit kalau gemok nanti sebab terlajak makan. Dijadikan hidangan majlis perayaan juga sangat sesuai.
KEK
BAHAN-BAHAN :
🎂 2 biji telur gred B
🎂 2 cwn gula castor
🎂 1 cwn serbuk koko
🎂 1 cwn minyak
🎂 1 cwn susu cair / susu segar / susu full cream
🎂 ½ sudu teh garam
🎂2 cwn tepung gandum
🎂 2 sudu teh soda bikarbonat
🎂 2 sudu teh baking powder
🎂 1 cwn air panas
CARA- CARA :
🎂Putar semua bahan mengikut urutan dari atas sehingga sebati.
🎂Masukkan pada acuan cupcake. Panaskan oven 170°C selama 10 minit. Masukkan adunan ke dalam oven dan masak selama 40 minit atau sehingga masak. Guna api atas bawah. Kalau kukus selama 30-35 minit saja. Lagi moist daripada dibakar.
TOPPING COKLAT (COKLAT GANACHE)
BAHAN-BAHAN :
🎂300g coklat compound/coklat coin berly’s
🎂200g whipping cream (UHT pun boleh, non diary pun boleh)
🎂1 sudu besar butter (untuk efek nampak berkilat)
CARA- CARA :
🎂Dengan cara double boil, panaskan whipping cream sehingga agak panas tapi jangan sampai mendidih ya. Api perlahan sahaja.
🎂Kemudian masukkan coklat dan gaul sebati. Kalau guna coklat compound, potong-potong dulu supaya cepat dan mudah cair.
🎂Bila sudah sebati dan tak ada ketulan, tutup api dah alihkan mangkuk coklat dari periuk berisi air tadi. Masukkan butter pada campuran coklat tadi dan gaul sebati.
No comments:
Post a Comment