Thursday, September 5, 2019

IT'S ME !!

🌸 ABOUT MYSELF🌸


  🌸           Assalamu'alaikum wbt.. Haiiiiii ! Nama diberi Iffah Farzana Binti Mohamad Rodi lebih dikenali sebagai Ipah. Berumur 19 tahun. Anak kedua dari tiga beradik. Dilahirkan di Hospital Besar Kangar, Perlis pada 25 Mei tahun 2000. Walaupun anak kelahiran bumi Perlis, namun telah lama menetap di Ipoh, Perak. Masih diberi kesempatan untuk bersama abah dan mama tersayang. Abah, Mohamad Rodi Bin Abu Bakar (54 tahun) seorang pegawai polis yang bekerja di Balai Polis Menglembu, Ipoh. Mama, Harmila Binti Mansor (44 tahun) berumur  merupakan seorang ahli perniagaan. Mempunyai seorang abang yg sangat ‘cool’, Akmal Syahmi Bin Mohamad Rodi (23 tahun) dan adik bongsu yang Ammar Thaqif Bin Mohamad Rodi (18 tahun) .

   ðŸŒ¸              Bermula dari pendidikan awal dari rumah oleh mama dan abah. Ketika berumur 5 tahun mula bersekolah di Tadika Kemas Menglembu, Ipoh selama dua tahun. Mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Kuala Pari (SKKP),Ipoh sehingga darjah 6. Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh Ahmad, Arau, Perlis (SMKDSA) dari tingkatan 1-2 dan kemudian menyambung Sekolah Menengah Kebangasaan Menglembu (SMKM), Ipoh sehingga tingkatan 5. Selepas SPM saya menyambung kursus diploma dalam jurusan Sains (Matematik) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Jadiiii, sekarang ni masih belajar kat UPSI. Dah sem 4 dahh,tak lama dah nak habis diploma.🙊 DOAkan semuanya berjalan lancar💓 Itu sahaja untuk biodata dirii, jumpa di post yang akan datang !!😆

No comments:

Post a Comment