Thursday, September 5, 2019

IT'S ME !!

๐ŸŒธ ABOUT MYSELF๐ŸŒธ


  ๐ŸŒธ           Assalamu'alaikum wbt.. Haiiiiii ! Nama diberi Iffah Farzana Binti Mohamad Rodi lebih dikenali sebagai Ipah. Berumur 19 tahun. Anak kedua dari tiga beradik. Dilahirkan di Hospital Besar Kangar, Perlis pada 25 Mei tahun 2000. Walaupun anak kelahiran bumi Perlis, namun telah lama menetap di Ipoh, Perak. Masih diberi kesempatan untuk bersama abah dan mama tersayang. Abah, Mohamad Rodi Bin Abu Bakar (54 tahun) seorang pegawai polis yang bekerja di Balai Polis Menglembu, Ipoh. Mama, Harmila Binti Mansor (44 tahun) berumur  merupakan seorang ahli perniagaan. Mempunyai seorang abang yg sangat โ€˜coolโ€™, Akmal Syahmi Bin Mohamad Rodi (23 tahun) dan adik bongsu yang Ammar Thaqif Bin Mohamad Rodi (18 tahun) .

   ๐ŸŒธ              Bermula dari pendidikan awal dari rumah oleh mama dan abah. Ketika berumur 5 tahun mula bersekolah di Tadika Kemas Menglembu, Ipoh selama dua tahun. Mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Kuala Pari (SKKP),Ipoh sehingga darjah 6. Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Datoโ€™ Sheikh Ahmad, Arau, Perlis (SMKDSA) dari tingkatan 1-2 dan kemudian menyambung Sekolah Menengah Kebangasaan Menglembu (SMKM), Ipoh sehingga tingkatan 5. Selepas SPM saya menyambung kursus diploma dalam jurusan Sains (Matematik) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Jadiiii, sekarang ni masih belajar kat UPSI. Dah sem 4 dahh,tak lama dah nak habis diploma.๐Ÿ™Š DOAkan semuanya berjalan lancar๐Ÿ’“ Itu sahaja untuk biodata dirii, jumpa di post yang akan datang !!๐Ÿ˜†

Wednesday, September 4, 2019

DESSERT RECIPES KEK BATIK BISKUT MARIE & OREO


     KEK BATIK BISKUT MARIE & OREO


Sebut pasal kek batik sudah tentu ada terbayang kek yang โ€œcrunchyโ€ seperti kitkat bukan? sebelum kita tengok cara-cara membuanya apa kata kita kenali 
terlebih dahulu tentang kek batik ini.
Kek Batik merupakan sejenis pencuci mulut yang popular di Malaysia, agak berbeza seperti kek-kek lain ianya antara kek yang tidak dibakar. Kek yang sangat mudah dibuat dengan memerlukan beberapa bahan seperi biskut marie, susu, milo untuk menghasilkannya.




BAHAN-BAHAN :

๐Ÿช2 cawan Milo 
๐Ÿช3 sudu besar serbuk koko 
๐Ÿช250g mentega
๐Ÿชยฝ tin susu pekat 
๐Ÿชlebih kurang 30 keping biskut Marie (dipatah-patahkan) 
๐Ÿช2 paket biskut Oreo (setiap biskut dipotong empat)

CARA- CARA :

๐ŸชDengan api kecil, cairkan mentega 
๐ŸชTambah susu pekat dan gaul sehingga sebati 
๐ŸชTambah Milo dan serbuk koko, dan gaul sehingga tiada ketulan 
๐ŸชTutup api; masukkan biskut Marie yang dipatah-patahkan dan gaul 
๐ŸชMasukkan separuh adunan ke dalam baking tin 
๐ŸชTabur kepingan Oreo ke atas adunan 
๐ŸชMasukkan separuh lagi adunan dan ratakan 
๐ŸชHias dengan kepingan Oreo 
๐ŸชMasukkan ke dalam peti sejuk semalaman 
๐ŸชUntuk hidang, celup pisau dalam air panas dan potong mengikut saiz yang diingini.



Tuesday, September 3, 2019

DESSERT RECIPES - TIRAMISU


  TIRAMISU


Tiramisu ialah dessert yang paling senang untuk kita sediakan. Tak perlu bakar, tak perlu kukus. Hanya bancuh, susun dan hias tapi rasanya yang sejuk dan nyaman bila masuk ke dalam mulut. Jom tengok resepi tiramisu kegemaran ramai ini.





BAHAN-BAHAN :

๐Ÿ“Kek swiss roll @ chiffon. Tak kisah perasa apa pun. Selalu saya gunakan mocha, choc, pandan dan coffee.
๐Ÿ“  Bancuhan 1 sudu besar nescafe dengan air panas.
๐Ÿ“  250 g creamcheese
๐Ÿ“ 50 g gula castor
๐Ÿ“ 1/2 cawan whipping cream
๐Ÿ“  Hiasan (buah-buahan) : strawberry @ anggur @ kiwi @ peach.
๐Ÿ“  Hiasan : Serbuk koko @ Milo


CARA- CARA :

๐Ÿ“ Pukul creamcheese + gula + whipping cream.
๐Ÿ“Potong nipis kek (ยฑ 1cm).
๐Ÿ“  Susun kek dalam bekas.
๐Ÿ“ Siramkan sedikit-sedikit bancuhan nescafe di atas kek.
๐Ÿ“  Tuang adunan cheese atas kek dan ratakan.
๐Ÿ“  Lapiskan lagi satu kek dan lakukan step 4 dan 5 semula.
๐Ÿ“  Taburkan serbuk koko @ Milo gunakan penapis kopi.
๐Ÿ“  Susun buah dan chill overnight.

TIPS DAPATKAN CORAK ATAS KEK :
๐Ÿ“ Guntingkan kertas A4 kecil-kecil dan panjang-panjang.
๐Ÿ“  Susun selang seli di atas kek dan taburkan coco powder.
๐Ÿ“  Jangan gerak-gerakkan kertas.
๐Ÿ“ Jika sudah siap tabur, angkat kertas. Siap'


Monday, September 2, 2019

DESSERT RECIPES - PUDING JAGUNG


  PUDING JAGUNG

Puding jagung anti lembik. Sedap sangat-sangat. Dessert yang sangat favorit satu keluarga. Step by step cara membuat puding sedap ini dapat dilihat di bawah. 




BAHAN-BAHAN :

๐ŸŒฝ Satu cawan tepung kastard

๐ŸŒฝ  800ml santan (500 ml santan pekat campur air biasa 300 ml)

300ml air (ini asing)
๐ŸŒฝ 1 tin Jagung manis (guna brand adabi, ambil isi sahaja)
๐ŸŒฝ  Satu cawan gula, jika suka lagi manis boleh lebihkan

*Nota : Guna santan kotak brand kara. Nak guna santan asli pun boleh lagi sedap.



CARA- CARA :

 ๐ŸŒฝMasukkan tepung ke dalam bekas dan masukkan air biasa 300 ml.
๐ŸŒฝSelepas itu kacau pakai whisk atau senduk pun boleh. Kacau hingga tepung tak berketul.
๐ŸŒฝBila tepung dah tak berketul, masukkan santan 800 ml.
๐ŸŒฝMasukkan gula.
๐ŸŒฝMasukkan satu tin jagung manis.

๐ŸŒฝ  Kacau sebati.Nota : kalau suka jagung halus boleh blender jagung, tapi bagi saya lagi sedap jika masuk sebiji-sebiji macam resepi di atas.
๐ŸŒฝMasukkan ke dalam kuali atau periuk.
๐ŸŒฝMasukkan semua bahan tadi. Buka api kecil.

๐ŸŒฝ  Masukkan sedikit garam bagi rasa lemak, dalam satu atau setengah sudu kecil sahaja.

Nota : INGAT!!Amaran keras kena sentiasa kacau. Jangan biar ya. Kalau tak dia boleh jadi hangus.
๐ŸŒฝKacau sampai jadi likat dan berkilat.
๐ŸŒฝUntuk warna kuning cantik, saya tambah setengah sudu kecil pewarna (option).
๐ŸŒฝAkhir sekali masukkan kedalam loyang.
๐ŸŒฝRatakan permukaan pakai pisau sapu jem atau sudu kalau nak bagi licin.
๐ŸŒฝKalau menggerutu sikit tidak apa. Janji sedap. Guna loyang size 20 cm.
๐ŸŒฝBiarkan sejuk sekejap baru masukkan dalam peti ais.
๐ŸŒฝBiar selama sejam.
๐ŸŒฝSila potong dan hidang sesuka anda.


Sunday, September 1, 2019

DESSERT RECIPES - DESSERT RECIPES


    AIS KRIM SUMI JELLY


Ais Krim Sumi Jelly ni dah jadi viral seluruh pelusok kat Malaysia dah. Kini, viral pula resepi aiskrim Malaysia dengan perisa yang lebih enak. Salute dengan rakyat Malaysia, kreativiti bab makan memang nombor satu! Jadi, hari ini kami akan kongsikan lapan resepi aiskrim Malaysia daripada pelbagai maklumat untuk anda mencubanya. Apa tunggu lagi, ayuh ke dapur sekarang! 




BAHAN-BAHAN :

๐Ÿฆ1 tin susu pekat
๐Ÿฆ1 tin susu cair
๐Ÿฆ4 tin air kosong
๐Ÿฆsecubit garam
๐Ÿฆ2 bungkus sumi


CARA- CARA :

๐ŸฆCampur 2 susu dengan 1 tin air dan garam.
๐ŸฆMasak air sampai garam hancur.
๐ŸฆMasukkan baki 3 air tin.
๐ŸฆKacau rata.


๐ŸฆSumi yang dibelah tadi masukkan dalam plastik ais krim lepas tu 
tuang adunan tadi dalam plastik ais krim tersebut.

Saturday, August 31, 2019

DESSERT RECIPES - PUDING ROTI COKLAT


    PUDING ROTI COKLAT


Resepi Puding Roti Coklat menggunakan lebihan kepingan roti putih yang sudah disimpan beberapa hari. Maksudnya roti yang bukan lagi baru atau fresh. Resepi ini mudah dan sangat sedap.
Jika anda selalu sediakan puding roti biasa, apa kata cuba puding roti coklat yang dihidangkan bersama taburan sos coklat. Pasti anak-anak akan suka. Untuk lagi sedap, tambahkan bancuhan kopi espresso untuk membangkitkan rasa coklat dan menyedapkan lagi rasa puding coklat ini.



BAHAN-BAHAN :

๐Ÿž6-7 keping roti
๐Ÿž2 cawan susu Full Cream
๐Ÿž3 biji telur, saiz sederhana
๐Ÿž1/3 cawan gula perang (boleh digantikan dengan gula putih)
๐Ÿž2 sudu besar serbuk koko
๐Ÿž2 sudu besar bancuhan kopi espresso
๐Ÿžsedikit butter
๐Ÿž  secubit garam
๐Ÿž3/4 cawan coklat chip
๐Ÿžsedikit white coklat chip untuk hiasan
๐ŸžBahan-bahan untuk sos:
     -  200 gram coklat bar
-1/2 cawan susu
      - 2 sudu besar butter

***Untuk coklat sos, anda boleh gunakan yang sudah sedia terdapat di pasaran seperti jenama Hersyey. Kalau rajin boleh cuba sediakan sendiri seperti resepi di atas.

CARA- CARA :

๐ŸžPotong roti kepada potongan kiub.
๐ŸžGriskan bekas caserolle atau baking pan dengan butter. Masukkan potongan kiub roti tadi dan taburkan coklat chip di dalam susunan roti dengan sekata.
๐ŸžDalam mangkuk berasingan masukkan susu, telur, serbuk koko, air bancuhan kopi, gula dan secubit garam. Kacau menggunakan whisk sehingga sebati.
๐ŸžTuangkan adunan susu ke dalam dulang yang berisi roti tadi. Tekan-tekan sedikit roti supaya tenggelam. Rehatkan selama 15 minit supaya roti menyerap cecair adunan.
๐ŸžBakar selama 40-50 minit.
๐ŸžAngkat dan hiaskan dengan coklat sos.

๐ŸžCara-cara untuk coklat sos:
Satukan coklat, susu dan butter di dalam mangkuk dan panaskan menggunakan kaedah bain marie atau double boiler. Kacau sebati.


- Boleh juga gunakan microwave. Panaskan semua bahan di dalam microwave sehingga coklat cair dan kacau sebati.

Friday, August 30, 2019

DESSERT RECIPES - LAPIS CHEESE CRACKER


LAPIS CHEESE CRACKER


Resipi Lapis Cheese Cracker, yang sungguh mudah tetapi menghasilkan dessert sangat sedap. Memang pada mulanya agak sangsi dengan hasilnya tetapi bila selesai melapis dan disejukkan semalaman, hasilnya sungguh menakjubkan. Tak sangka apabila biskut menyerap celupan susu bersama lapisan cream cheese, tekstur dan rasanya menjadi cukup seimbang.


BAHAN-BAHAN :

๐Ÿฎ  1 bungkus biskut Deluxe cracker
๐Ÿฎ  250g cream cheese Philadelphia
๐Ÿฎ  1/4 tin susu pekat manis
๐Ÿฎ  serbuk nestum secukupnya
๐Ÿฎ 1 kotak kecil susu Full Cream atau Fresh Milk
๐Ÿฎ  serbuk koko untuk hiasan


CARA- CARA :

๐Ÿฎ  Putar cream cheese sehingga kembang dan lembut.
๐ŸฎMasukkan 4 sudu besar susu, kemudian masukkan pula susu pekat sedikit demi sedikit dan putar sehingga sebati.
๐Ÿฎ  Celup biskut dalam susu dan susun di dalam loyang. 
๐Ÿฎ  Susun biskut rapat-rapat dan tuang sedikit adunan cream cheese di lapisan atas dan ratakan. Tabur sedikit nestum dengan sekata.
๐Ÿฎ  Selang selikan dengan susunan biskut celup, lapisan cream cheese dan taburan nestum sehingga habis.
๐Ÿฎ  Sejukkan dalam peti ais semalaman. Potong empat segi kecil dan tabur degan serbuk koko sebagai hiasan.